Carian
OnePlus Band Kini Rasmi – Penjejak Kesihatan Pertama OnePlus Yang Mirip Dengan Oppo Band
January 11, 2021 Fahim Zahar

OnePlus sudah mengesahkan yang mereka akan hadir dengan jam tangan pintar, OnePlus Watch. Ia adalah jam yang menjalankan Wear OS dan mempunyai skrin bulat. OnePlus Watch dijangka akan menjadi peranti boleh pakai pertama OnePlus, tetapi nampaknya ada satu produk lain yang OnePlus lancarkan sebagai peranti boleh pakai pertama mereka.

https://twitter.com/OnePlus_IN/status/1348503408362233858?s=20

Produk ini adalah OnePlus Band. Sekilas pandang, ia mirip dengan Oppo Band tetapi antaramuka, perisian, rekaan tali jam semuanya adalah tersendiri. Ia menyokong pengimbas nadi 24 jam, perlindungan air IP68, bateri yang bertahan 14 hari dan OnePlus menggunakan tali jam dua tona warna. Skrin adalah jenis AMOLED bersaiz 1.1-inci, mempunyai banyak pilihan muka jam, serta pengguna turut boleh menggunakan imej tersendiri sebagai muka jam.

Mengikut trend terkini peranti boleh pakai, OnePlus Band turut boleh mengukur kadar oksigen dalam darah. Pemberitahuan notifikasi turut disokong, tambatan yang mudah diperkenalkan melalui aplikasi, 13 mod sukan terbina, sokongan always-on display, dan pelbagai lagi ciri serta fungsi asas fungsi penjejak kesihatan.

OnePlus Band buat masa ini dijual di India sahaja dan jualan bermula 13 Januari dengan tanda harga INR 2,499 iaitu sekitar RM138.

Komen