Lenovo, jenama elektronik yang terkenal untuk komputer-komputer riba mereka nampaknya telahpun mendaftar salah satu komputer riba terbaru mereka, iaitu Lenovo IdeaPad 5 Pro di pangkalan data SIRIM.
Nextrift telah melaporkan bahawa dua model IdeaPad 5 Pro ini telah didaftar, termasuklah 14ITL6 dan 14ACN6 yang pada firasat kami adalah model-model yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel siri-H generasi ke-11 dan juga AMD Ryzen 5000 untuk komputer riba.
Jika anggapan ini adalah benar, ini bermakna bahawa kita akan dapat melihat komputer riba pertama yang dikuasakan cip pemprosesan AMD terbaru itu di pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia juga hadir dengan penwaran memori DDR4 sehingga 32GB dan juga storan SSD NVMe sehingga 1TB.
Spesifikasi lain Lenovo IdeaPad 5 Pro ini termasuklah kehadiran paparan skrin IPS 14 inci dengan nisbah paparan 16:10 dengan resolusi 2880×1880 pixel dan kadar segar semula 90Hz yang dikuasakan oleh cip pemprosesan NVIDIA GeForce MX450.
Buat masa ini, kami masih lagi menunggu pengumuman oleh Lenovo Malaysia mengenai penawaran Lenovo IdeaPad 5 Pro ini di pasaran tempatan.