Carian
Redmi K40 Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan Dengan Snapdragon 888, Harga Bermula RM1.8k
January 11, 2021 Aman

Redmi merupakan salah satu sub-jenama dibawah Xiaomi, yang turut mempunyai penawaran telefon berspesifikasi mercu mereka tersendiri – walaupun ditawarkan terhad untuk pasaran China.

Untuk tahun ini, kini pihak Redmi mengesahkan yang mana akan memperkenalkan siri Redmi K40 pada bulan hadapan, dimana ia dijangka hadir dengan cip Snapdragon 888.

Redmi K40 juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh dan ke atas, selain mungkin menggunakan skrin pipih dan bukannya skrin melengkung.

Menariknya juga, pihak Redmi mengesahkan ia akan dijual pada harga bermula 2999 Yuan, iaitu sekitar RM1.8k mengikut kadar tukaran mata wang semasa di Malaysia.

Komen