Firefox 86 Akan Halang Penggunaan Kekunci “Backspace” Untuk Ke Halaman Sebelumnya

Firefox 86 Akan Halang Penggunaan Kekunci “Backspace” Untuk Ke Halaman Sebelumnya

Diterbitkan pada Jan 11, 2021 oleh .

Pada pelayar web, salah satu ciri yang dulunya agak popular adalah penggunaan kekunci “Backspace” yang membawa pengguna kepada halaman terdahulu yang dilayari.

Apa pun, perkara ini membuatkan beberapa pengguna tersilap tekan kekunci berkenaan, sekaligus membawa pengguna kepada halaman sebelumnya tanpa sengaja.

Sebagai alternatif untuknya, pelayar web seperti Chrome telah membuat perubahan menggunakan Alt dengan Butang Kekunci Kiri untuk melakukan perkara sama.

Kini, Mozilla turut dijangka melakukan perkara sama, dan akan menggantikan penggunaan kekunci “Backspace” kepada penggunaan kekunci gabungan ALT + “Butang Kekunci Kiri” untuk membawa kepada halaman pelayaran sebelumnya.

Firefox 86 dijangka ditawarkan pada bulan Februari kelak, dimana perubahan ini dijangka akan diaktifkan kepada semua pengguna.


Paling Popular