Cari @ Amanz

Mydin, salah satu pasaraya dan peruncit popular di Malaysia, kini mengumumkan bakal menyertakan sokongan pembayaran nirtunai ShopeePay di cawangan seluruh negara. Langkah ini sekaligus menjadikan Mydin pasaraya pertama yang menawarkan sokongan berkenaan di Malaysia.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pembayaran secara nirtunai menggunakan dompet digital ShopeePay.

Selari dengan kerjasama ini juga, pembayaran nirtunai menggunakan ShopeePay di Mydin akan berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak RM4 sekali, apabaila berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar menggunakan ShopeePay – terhad sekali penebusan setiap pengguna. Promosi ini ditawarkan sehingga 28 Februari 2021 ini atau sehingga ditebus sepenuhnya.

Disamping itu, pengguna juga akan menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya dimana-mana cawangan apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dala satu transaksi.

Pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat pertama juga akan enerima baucar RM8 apabila melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimmum RM25.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd