Honor MagicBook Pro 2021 Diperkenalkan, Dijana Cip Intel Core i5 Generasi Ke-10

Honor MagicBook Pro 2021 Diperkenalkan, Dijana Cip Intel Core i5 Generasi Ke-10

Diterbitkan pada Jan 11, 2021 oleh .

Di acara CES 2021, Honor turut melancarkan komputer riba generasi baharu mereka. Ia adalah Honor MagicBook Pro 2021, iaitu “kemaskini” kepada versi 2020 yang dijana dengan cip AMD Ryzen. Versi baharu ini dijana Intel Core i5 10210U dan dipadankan dengan GPU NVIDIA GeForce MX350 GPU.

Honor MagicBook Pro ini mengekalkan butang kuasa yang turut mempunyai pengimbas cap jari terbina untuk tujuan sekuriti. Bateri pula adalah 56Wh yang dikatakan mampu bertahan selama 11 jam dengan satu pengecasan. Skrin 16.1-inci FHD dengan sokongan warna sRGB ditawarkan dan memori Honor MagicBook Pro ini adalah 16GB RAM dan storan dalaman SSD 512GB NVMe. Kamera web yang terbina dalam kekunci papan kekunci turut dikekalkan. Port sambungan adalah tiga USB-A, satu USB-C, satu port HDMI dan bicu audio 3.5mm.

Kuasa pengecasan adalah 65W, yang mana 30 minit pengecasan sudah boleh capai 50%. Komputer riba ini boleh dikatakan adalah turun taraf dari versi 2020, agak mengecewakan mereka tidak menggunakan Intel Core i5 generasi ke-11. Jelas sekali edisi tahun lepas jauh lebih hebat. Harga jualan adalah $1000, iaitu sekitar RM4052.



Paling Popular