iQOO kini telah pun memperkenalkan telefon pintar mercu mereka yang terbaru, iaitu iQOO 7. iQOO 7 menawarkan pelbagai spesifikasi terkini, dan ditawarkan di China sahaja buat masa ini.

Dari segi spesifikasi, iQOO 7 hadir dengan skrin 6.62-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip Snapdragon 888, dan penawaran memori sehingga 12GB LPDDR5 RAM.
Pada bahagian kamera, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, dilengkapi 13MP ultra-lebar dan 13MP potrait, selain kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.
Pada bahagian bateri pula, ia menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecasan pantas 120W. iQOO mengatakan ia boleh mengecas dari 0 ke 100% kapasiti bateri dalam masa 15 minit.
Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, selain sokongan USB-C untuk pengecasan. Menjananya ialah Android 11 dilapisi tema Origin OS.
Buat masa ini, iQOO 7 dilancarkan di China sahaja, dan ditawarkan pada harga 3798 Yuan, iaitu sekitar RM2375.
