Carian
Qualcomm Memperkenalkan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Yang Lebih Pantas Dan Luas
January 12, 2021 Aman

Qualcomm kini telah mengumumkan generasi kedua untuk ciri Qualcomm 3D Sonic Sensor – iaitu teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin. Melalui kemaskini generasi baru ini, ia menawarkan sejumlah penambah-baikkan berbanding generasi sebelum ini.

Kini, ruang liputan untuk pengimbas cap jari pada skrin adalah lebih luas berbanding sebelum ini. Jikalau sebelum ini ia hanya meliputi kawasan seluas 4mmx9mm, melalui generasi kedua teknologi ini, ia meliputi kawasan 8mmx8mm.

Dengan kawasan yang lebih luas, ia memudahkan pengguna untuk mengakses peranti dengan meletakkan jari pada mana-mana bahagian skrin yang lebih luas untuk tujuan pengesahan.

Pada masa yang sama, kini sensor berkenaan diperkatakan beroperasi 50% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya – membolehkan pengguna mengakses sesuatu perkara dengan lebih laju dan mudah.

Qualcomm mengatakan teknologi ini akan diperkenalkan pada peranti keluaran awal 2021 kelak.

Dengan kerjasama Samsung dan Qualcomm, tidak mustahil untuk kita melihat ia hadir pada Galaxy S21 yang dijangka diperkenalkan pada minggu ini.

Komen