Walaupun Android 11 masih baru, ini tidak bermakna Google sudah berhenti membangunkan sistem operasi. Sejak Februari 2020 lagi, kod-kod Android 12 telah ditemui dalam AOSP.
Android 12 akan mempunyai ciri hibernasi aplikasi untuk menjimatkan ruang storan pada peranti. Apa yang ciri ini lakukan adalah, “menidurkan” aplikasi agar ia tidak memakan ruang, berjalan dilatar dan sebagainya. Fungsi ini dilihat mirip dengan Offload Unused Apps dalam iOS yang sudah bertahun lamanya ada.
Tidak pasti bagaimana ciri hibernasi ini akan berfungsi. Tetapi ia mungkin seakan permintaan kebenaran dalam Android 11, yang mana jika ada aplikasi sudah lama tidak aktif – kebenaran akan ditolak. Mungkin begitu juga dengan ciri ini. Apa-apa pun, masih awal lagi untuk kita lihat kewujudan Android 12 dengan di pasaran masih banyak peranti Android 10.