Microsoft Surface Pro 7+ Diumumkan Dengan Cip Intel Tiger Lake, LTE Dan SSD Boleh Diganti

Diterbitkan pada Jan 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft mengumumkan model kemas kini kepada Surface Pro 7 semalam selepas lebih setahun di pasaran. Microsoft Surface Pro 7+ mengekalkan rekaan tubuh yang sama cuma dengan penambahbaikan pada pemproses, sokongan LTE dan SSD yang boleh ditukar oleh pengguna.

Surface Pro 7 meneruskan rekaan yang sedia dikenali ramai, menggunakan skrin 12.3-inci dengan nisbah skrin 3:2 , dijana cip sehingga Intel Core i7 generasi ke-11 Tiger, dilengkapi memori LPDDR4x sehingga 32GB RAM, dan storan sehingga 1TB SSD. Surface Pro 7+ turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Penambahbaikan lain ialah kembalinya sokongan selular tetapi sekadar 4G sahaja keran masih menggunakan moden Qualcomm Snapdragon X20. Pengguna boleh menggunakan SIM fizikal atau eSIM. Pilihan I/O pula ialah 1 X USB-C, 1 X USB-A, 1 X Surface Connect dan bicu audio 3.5mm.

Ciri popular seperti Windows Hello turut disertakan, selain mana Surface Pro 7+ turut menyertakan sokongan WiFi 6 dan juga Bluetooth 5.0. Microsoft mengatakan ia menawarkan masa ketahanan bateri sehingga 15 jam lamanya kerana bateri juga lebih besar.

Pengguna turut boleh menggunakan beberapa aksesori tambahan bersama-sama Surface Pro 7+ ini, termasuk sokongan papan kekunci, dan juga stylus khusus. Komputer riba ini ditawarkan pada harga bermula $899 (~RM3651) untuk model Intel Core i3 8/128GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami