Cari @ Amanz

Beberapa bulan selepas pelancaran siri cip pemprosesan generasi ke-11 Tiger Lake-U, Intel akhirnya telah memperlihatkan siri cip pemprosesan Tiger Lake-H pula, iaitu cip pemprosesan untuk komputer riba berprestasi tinggi dan juga gaming.

Menggunakan proses 10nm SuperFin sama seperti sebelum ini, siri CPU intel Tiger Lake-H ini hadir dengan sokongan untuk memori LPDDR4X, storan SSD NVMe PCIe gen 4 dan juga ciri-ciri tambahan seperti WiFi6 dan Thunderbolt 4.

Diantara model-model CPU yang diperkenalkan oleh Intel di acara pelancaran mereka termasuklah Intel Core i3-11300H, Intel Core i7-11370H dan Intel Core i7-11375H Special Edition dengan empat teras dan lapan bebenang kuasa dimana Intel akan memperkenalkan sebuah segmen komputer riba baru yang dinamakan “ultraportable gaming”.

Didalam siri ini, jenama-jenama komputer riba boleh membangunkan komputer riba gaming nipis dan berkuasa menggunakan cip pemprosesan Intel Tiger Lake-H yang hanya menggunakan cip pemprosesan Intel Iris Xe, ataupun sebarang kad grafik dengan rekaan nipis seperti NVIDIA Max-Q.

Lebih menarik lagi, dengan model Intel Core i7 11375H hadir dengan kelajuan satu teras yang boleh melangkaui 5GHz.

Dalam pada itu, Intel juga mengatakan bahawa mereka akan memperkenalkan siri cip pemprosan Tiger Lake-H yang lain, khususnya dari siri Core i7 dan Core i9 yang mempunyai lapan teras dan kelajuan 5GHz dalam multi-teras.

Intel juga mengatakan bahawa rekaan-rekaan komputer riba gaming ini akan mula diperlihatkan sekitar suku pertama pada tahun ini, dan orang ramai boleh membelinya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd