Carian
Nubia Red Magic 6 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 120W
January 12, 2021 Amy Maizuraa

Tahun ini, kita bakal menyaksikan pengenalan untuk sebuah lagi peranti gaming daripada Nubia. Mengikut maklumat tersebar, jenama ini dalam perancangan untuk memperkenalkan Nubia Red Magic 6 – yang dikatakan bakal hadir dengan cip Snapdragon 888.

Dalam perkembangan terkini, Ni Fei selaku Pengerusi ZTE menerusi satu entri di Weibo dilihat berkongsi lanjut berkaitan penawaran pada peranti. Melalui poster yang dimuat naik, Nubia Red Magic 6 bakal dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh dan pengecasan pantas 120W. Difahamkan, pengecasan ini dikenali sebagai ‘Gallium Nitride Fast Charger‘.

Tiada sebarang butiran lanjut berkaitan spesifikasi peranti yang dikongsi buat masa ini. Akan tetapi, menerusi perkongsian seperti ini kita boleh menyasarkan peranti ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Komen