Carian
TCL Wearable Display Adalah Kaca Mata Paparan Peribadi Seakan Filem Back To The Future
January 12, 2021 Fahim Zahar

Sedang syarikat seperti Facebook dan Apple fokus kepada kaca mata pintar realiti terimbuh, TCL mengambil arah yang berbeza. TCL di CES 2021 memperkenalkan TCL Wearable Display. Ia adalah kaca mata seakan kaca mata hitam dengan paparan peribadi. Ini adalah seakan yang digunakan dalam filem Back To The Future, di mana watak Marty Jr. memakai kaca mata ini untuk menonton televisyen.

Kaca mata ini mempunyai dua panel mini OLED dengan resolusi 1080p. Apabila dipakai, pengguna akan seakan melihat skrin 140-inci dari jarak jauh 4 meter. Kaca mata ini turut mampu memaparkan kandungan 3D dan memerlukan sambungan USB-C ke peranti yang menyokong output video.

Kaca mata ini sudah menghampiri jualan umum, tetapi TCL masih belum mendedahkan tarikh jualan dan harga. Mereka sedang bekerjasama dengan satu syarikat untuk menawarkan kandungan dan berkas langganan dengan peranti 5G.

Komen