Cari @ Amanz

WhatsApp hari ini telah menerbitkan sebuah halaman khusus dalam menjawab pelbagai pertanyaan pengguna berkaitan dengan persoalan berkaitan perubahan polisi privasi pada aplikasi berkenaan baru-baru ini.

Seperti ramai sedia maklum, sejak minggu lepas, WhatsApp telah menawarkan perubahan pada polisi aplikasi berkenaan, dan perlu menerimanya dalam meneruskan penggunaan aplikasi tersebut.

Sejak daripada itu, ramai yang telah risau akan perkongsian data dengan Facebook, serta beberapa perkara lain.

Menjawab mengenainya, WhatsApp kini mengatakan privasi permesejan antara pengguna adalah kekal dan tidak terkesan dengan perubahan polisi ini. WhatsApp mengatakan perubahan ini menyertakan penggunaan ciri permesejan perniagaan daripada WhatsApp yang menyertakan ciri dagangan, perkhidmatan pengehosan Facebook, serta kemudahan untuk menemui perniagaan baru.

WhatsApp turut menekankan yang mana mereka tidak boleh melihat mesej atau panggilan anda, tidak menyimpan sebarang log panggilan atau permesejan, dan tidak berkongsi lokasi bersama Facebook.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd