Carian
China Menggunakan Suntingan Gen Untuk Meningkat Pengeluaran Daging Kambing Tempatan
January 12, 2021 Effi Saharudin

Teknik suntingan gen digunakan untuk merawat kanser dan menghasilkan haiwan hibrid yang organnya kelak boleh dipindahkan ke tubuh manusia. Di China, teknik yang sama telah digunakan bagi meningkat pengeluaran daging bagi mengurangkan pergantungan kepada daging import.

Gen myostatin kambing biri-biri Huyang telah disunting oleh saintis dari  Jiangsu Academy of Agricultural Sciences bagi mempercepatkan proses pembesaran dan juga berat. Berat kambing yang gen telah disunting didapati 25% lebih berat dari biasa apabila ditimbang pad usia dua bulan.

Kambing biri-biru Huyang dijadikan haiwan pilihan kerana ia boleh dibela di seluruh China, membiak dengan pantas dan tahan suhu panas. Pada waktu ini China mengimport 97.6% daging kambing dari Australia dan New Zealand. Dengan perang perdagangan yang berlaku, kos mengimport dijangka meningkat dengan pengenalan tarif.

Pencipta teknologi suntingan gen CRISPR  Emmanuelle Charpentier dan Jennifer Doudna telah dianugerahkan Hadiah Nobel Kimia tahun ini. Walaupun teknologi baru berusia lapan tahun, ia dilihat sebagai penemuan yang penting untuk merawat penyakit genetik dan menentang kemusnahan tanaman kerana perubahan iklim.

Komen