Vuzix sudah lama membangunkan kaca mata pintar dan kaca mata realiti terimbuh. Di acara CES 2021, Vuzix memperlihatkan kaca mata generasi baharu mereka. Kaca mata ini menggunakan skrin micro-LED, iaitu alternatif kepada OLED.
Kaca mata ini akan memaparkan kandungan dalam format monokrom stereoskopik. Ia hadir dengan pembesar suara stereo terbina, mikrofon pembatalan hingar, serta menyokong WiFi dan LTE. Kaca mata ini turut akan hadir dengan aplikasi Android dan iOS untuk kawalan berasaskan gestur. Kaca mata ini lebih kepada gaya HUD berbanding dengan trend realiti terimbuh dari syarikat lain.
Kaca mata ini menggunakan paparan yang memancar dari sisi dan menggunakan perisian tersendiri untuk memberikan pengalaman penggunaan yang baik. Tiada harga jualan lagi, tetapi Vuzix dijangka akan menjualnya pada tahun ini.