Robot Samsung JetBot 90 AI+ Menggunakan Kecerdasan Buatan Dan LiDAR Untuk Pembersihan Optimum

Diterbitkan pada Jan 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara CES 2021 bermula pagi ini dan Samsung melancarkan pula sebuah robot pembersih hampagas terkini dengan kecerdasan buatan serta teknologi LiDAR terbina. Samsung JetBot 90 AI+ ialah sebuah lagi robot pintar di bawah payung peranti boleh berhubung SmartThings mereka.

Ia dilengkapi motor 30W untuk proses pembersihan di rumah. Menurut Samsung kecerdasan buatan dan LiDAR membolehkan JetBot 90 AI+ memilih laluan terbaik untuk membersihkan rumah serta pada waktu yang sama mengelak halangan.

Ini mungkin dalam bentuk kaki perabot, haiwan peliharaan dan wayar yang berselirat di atas lantai. Pengguna turut boleh menetapkan kawasan di rumah yang tidak boleh dimasuki robot selepas keseluruhan lantai dipetakan olehnya.

Kerana ia dilengkapi kamera, pengguna juga boleh menggunakannya sebagai kamera keselamatan rumah terus dari aplikasi SmartThings. Usai pembersihan, JetBot 90 AI+ akan kembali ke dermaga untuk mengosongkan bekas debu ke dalam Clean Station yang hanya perlu dikosongkan tiga bulan sekali. Tarikh dan harga jualan JetBot 90 AI+ belum diumumkan pada waktu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami