Cari @ Amanz

Wabak COVID-19 yang telah berleluasa di dunia sejak awal tahun lepas telah menyebabkan ramai syarikat terpaksa membenarkan para pekerja mereka untuk bekerja dari rumah untuk mengurangkan kadar jangkitan wabak tersebut.

Oleh kerana itu juga, orang ramai telah mula untuk membeli komputer-komputer desktop dan komputer riba untuk memudahkan pekerjaan dan pembelajaran dari rumah, dan memudahkan perjumpaan atas talian melalui perisian telesidang.

Syarikat-syarikat penyelidikan pasaran seperti Canalys, IDC dan Gartner mengatakan bahawa tahun 2020 memperlihatkan jumlah penghantaran peranti yang jauh lebih tinggi berbanding daripada tahun 2019.

Canalys dan IDC melaporkan bahawa sejumlah 297 juta dan 302 juta PC telah dipasarkan secara global sepanjang tahun 2020, memperlihatkan peningkatan 11.9 dan 13.1 peratus berbanding pada tahun 2019.

Trend ini dijangka akan berterusan sepanjang tahun 2021 kerana pelbagai jenama komputer riba telah memperlihat komputer-komputer riba baru yang direka khusus untuk meningkatkan kebolehan produktiviti di rumah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd