Cari @ Amanz

Skagen, iaitu jenama di bawah Fossil Group kini mempunyai jam dengan skrin e-ink seperti Fossil Hybrid HR. Jam ini adalah jam tangan pintar asas, yang mana menggabungkan paparan e-ink dengan jarum jam fizikal seperti jam biasa.

Jam ini adalah Skagen Jorn Hybrid HR, yang mempunyai paparan e-ink ini boleh dikustomasi dengan pelbagai pilihan widget, seperti tarikh, aktiviti harian, imbasan nadi dan banyak lagi. Skagen menawarkan dua pilihan saiz, iaitu 42mm dan 38mm – yang mana kedua-duanya menjanjikan ketahanan bateri yang mencapai 2 minggu. Masa pengecasan adalah 50 minit untuk 80%. Jam ini boleh memberi notifikasi, imbasan nadi 24 jam, memaparkan jumlah kalori terbakar, kawal muzik dan pelbagai mod jam lain.

GPS turut disokong, tetapi adalah GPS berhubung – yang mana menggunakan GPS peranti melalui jam. Skagen Jorn Hybrid HR lebih kepada iterasi rekaan lain dari jenama Skagen sahaja dan tidak banyak beza dengan Fossil Hybrid HR. Harga jualan adalah $195, iaitu sekitar RM791.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd