TWS NB2 Pro Adalah TWS ANC Edifier Dengan Rekaan Futuristik

Diterbitkan pada Jan 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Edifier sedia terkenal dengan produk audio. Mereka mempunyai pelbagai kategori dari set fon telinga berwayar, set fon kepala, set teater, pembesar suara dan banyak lagi. Mereka turut sudah lama hadir dengan pelbagai TWS, tetapi baru-baru ini mereka hadir dengan TWS yang menyokong pembatalan hingar aktif.

TWS NB2 Pro adalah produk ini, yang mana menyokong ANC dan juga mod ambien yang boleh mendengar suara sendiri dan menaiikan kualiti suara orang lain melalui mikrofon. Ia mempunyai perlindungan IP54 dan sambungan Bluetooth 5.0. Ketahanan bateri adalah 7 jam secara berterusan dengan ANC dan 9 jam tanpa ANC, kemudian dengan pod pengecasan ia boleh bertahan selama 23 jam.

Ia juga menyokong pengecasan pantas, 15 minit cah boleh bertahan selama 2 jam. Harga jualan pula adalah $$99, iaitu sekitar RM402.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami