Sennheiser IE 300 Adalah IEM Audiophile Untuk Semua Orang – Berharga Sekitar RM1200

Sennheiser IE 300 Adalah IEM Audiophile Untuk Semua Orang – Berharga Sekitar RM1200

Diterbitkan pada Jan 12, 2021 oleh .

Di acara CES 2021, Sennheiser telah melancarkan produk audio premium mereka. Kali ini mereka kembalikan set fon telinga berwayar, yang mana sudah lama syarikat audio tidak bawakan kembali. Sennheiser ingin menawarkan set fon telinga profesional untuk semua orang.

Aksesori audio ini adalah Sennheiser IE 300, ia merupakan set fon telinga berwayar jenis dalam telinga (IEM) yang menyokong HiFi. Pemacu audio yang digunakan adalah 7mm jalur lebar yang luas dengan sokongan frekuensi 6Hz-20kHz. Melalui IEM ini, ia boleh menghasilkan treble yang jelas dan memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan.

Pada bahagian fon telinga, silikon yang digunakan adalah jenis memory foam yang boleh mengasingkan bunyi hingar dan audio. Tiga saiz disediakan untuk keselesaan pengguna. Wayar pada set fon telinga ini pula menggunakan sambungan MMCX, yang mana seakan wayar pada aksesoru audio KZ. Jadi, wayar boleh diganti jika sudah rosak dengan mudah.

 Sennheiser turut menjual kabel seimbang TRS 2.5mm atau 4.4mm secara berasingan. Harga jualan adalah $299.95, iaitu sekitar RM1200 sepasang.



Paling Popular