Cari @ Amanz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini sekali lagi mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media sosial supaya sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan atau membuat sebarang ulasan secara atas-talian.

SKMM mengatakan mereka akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih, serta kenyataan bersifat jelik yang membabitkan unsur 3R – iaitu Raja, Agama dan juga Kaum.

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah salah satu kesalahan, dan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya.

SKMM menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd