Cari @ Amanz

Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar Galaxy S21 secara rasminya pada minggu ini. Beberapa hari sebelum pelancaran rasminya, kini imej pemasaran rasmi hadir ke arena web melalui WinFuture, mengesahkan ia tidak akan menyertakan pengecas dalam kotak.

Siri Galaxy S21 dijangka hanya akan menyertakan telefon, buku panduan, kabel USB-C, dan juga pin untuk SIM dalam kotak pembelian.

Selain kepala pengecas, ia juga tidak lagi akan menyertakan fon telinga bersama-sama kotak pembelian.

Apa pun, kita mungkin melihat Samsung menyertakan beberapa hadiah percuma bersama pembelian sebagai alternatif untuk membuang penawaran dalam kotak ini.

Sebelum ini, Apple telah memulakan trend ini dengan membuang pengecas dalam kotak, sekaligus menjadikan kotak lebih nipis, dan mengatakan ia lebih mesra alam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd