Akaun Twitter Rasmi SKMM Digantung Buat Sementara Waktu

Diterbitkan pada Jan 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini memaklumkan yang mana akaun Twitter rasmi mereka, @SKMM_MCMC telah digantung buat sementara waktu.

Hal ini hadir lanjutan daripada sejumlah Tweet-Tweet lama daripada akaun berkenaan yang dilihat dikongsikan semula oleh para pengguna dalam bentuk RT.

Pihak SKMM mengatakan yang mana akaun berkenaan telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun, daripada pengamatan kami sendiri, ia bukan diceroboh. Sebaliknya, ia lebih kepada Tweet daripada akaun berkenaan – sebelum diambil-alih oleh SKMM. Mungkin pihak yang mengendalikan akaun media sosial Twitter untuk SKMM ini terlupa memadam Tweet lama-lama sebelum ia dijenamakan semula kepada akaun @SKMM_MCMC.

Pihak SKMM turut mengatakan supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan daripada akaun berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami