Samsung Menjanjikan Integrasi GPU AMD Pada Cip Mercu Exynos Akan Datang

Samsung Menjanjikan Integrasi GPU AMD Pada Cip Mercu Exynos Akan Datang

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Samsung hari ini telah mengadakan acara khas mereka, dan memperkenalkan cip pemprosesan Exynos 2100 yang dijangka akan digunakan pada telefon pintar Galaxy S21 akan datang.

Ia menawarkan rekaan 5nm, serta penambah-baikkan dari segi CPU dan GPU. Samsung turut mengatakan kini “Exynos telah kembali” – menandakan mereka akan lebih memfokuskan penawaran cip mercu, serta mengintegrasikan sejumlah ciri menarik padanya.

Samsung Galaxy Note 9

Pada penghujung acara, Samsung turut mengatakan mereka akan memperkenalkan integrasi GPU bersama AMD pada cip Exynos mercu akan datang.

Ini sekaligus memberikan petanda cip Exynos akan datang bakal menawarkan sokongan grafik yang baik, dan lebih dioptimasikan untuk permainan mudah-alih berbanding cip pemprosesan lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan integrasi GPU AMD pada peranti mudah-alih kelak.


Paling Popular