Cari @ Amanz

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular di Malaysia, mahupun di dunia. Apa pun, pada tahun 2021 ini, persaingan dalam arena penstriman video meningkat dengan penyertaan sejumlah pihak baharu, dan ia tidak meninggalkan Netflix untuk terus menawarkan kandungan menarik kepada pengguna.

Kini, sebagai langkah awal, Netflix mengumumkan mereka bakal menawarkan sekurang-kurangnya satu filem baharu setiap minggu sepanjang 2021 ini.

Buat masa ini, mereka sedia mempunyai 70 filem dalam jadual mereka – sekaligus menjadikan Netflix sebagai salah satu destinasi menarik untuk dituju untuk menikmati pelbagai filem baharu.

Menariknya juga, Netflix mempunyai sejumlah pelakon menarik dibawah  filem-filem yang bakal diterbitkan ini.

Pengumuman Netflix ini sendiri memperlihatkan tekanan yang tinggi dalam arena penstriman video, dan mungkin langkah ini akan mengekalkan pengguna untuk terus kekal bersama langganan mereka di Netflix.

Buat masa ini, masih tiada persaingan tinggi untuk Netflix di Malaysia. Mungkin ia bakal berubah apabila Disney+ atau yang lain memasuki pasaran tempatan kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd