Apple AirPods Max Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM2399

Apple AirPods Max Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM2399

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Selamat datang ke hari pertama Darurat 2021. Ketika anda di rumah dan tidak boleh kemana-mana, pastinya anda mencari sesuatu yang mungkin boleh mengurangkan kebosanan. Jika anda mempunyai wang yang lebih pula, Apple AirPods Max akhirnya boleh dibeli di Malaysia hari ini.

Sepasang fon telinga nirwayar ini dijual pada harga RM2399 dalam penawaran wana hitam, merah jambu, biru, hijau dan perak. Seperti AirPods Pro, AirPods Max dilengkapi sistem ANC dan sistem kawalan yang meminjam tombol dari Apple Watch. Walaupun Apple AirPods Max sudah boleh dibeli di Malaysia hari ini, waktu penghantarannya ke rumah mengambil masa sehingga 8 minggu. Memandangkan darurat adalah sehingga Ogos 2021, anda mempunyai banyak masa di rumah untuk menanti bungkusan dihantar.


Paling Popular