Carian
Razer Blade 15 Dan Blade Pro 17 Dikemaskini Dengan Skrin 360Hz Dan GeForce RTX Siri 3000
January 13, 2021 Effi Saharudin

Selain pelitup muka pintar Project Hazel, Razer Blade 15 da Blade Pro 17 turut telah dikemaskini di CES 2021 yang berlangsung secara digital hari ini. Kedua-dua komputer riba gaming ini mula ditawarkan dengan pilihan skrin 360Hz dan kad grafik dari siri NVIDIA GeForce RTX 3000.

Razer Blade 15 ditawarkan dengan skrin 15.6″ dengan resolusi FHD 360Hz, QHD 240Hz atau 4K 60Hz. Pemproses masih lagi menggunakan sehingga cip Intel i7 generasi ke-10 sahaja, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080, memori sehingga 32GB RAM dan storan sehingga 1TB. Terdapat slot M.2 kedua untuk pengguna menambah storan tambahan.

Razer Blade Pro 17 dilengkapi skrin skrin 17.3″ dengan resolusi FHD 360Hz, QHD 165Hz atau 4K 120Hz. Pemproses masih lagi menggunakan sehingga cip Intel i7 generasi ke-10 sahaja, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080, memori sehingga 32GB RAM dan storan sehingga 1TB. Terdapat slot M.2 kedua untuk pengguna menambah storan tambahan.

Kesemua komputer riba dilengkapi papan kekunci RGB Razer Chroma, pilihan sistem biometri Windows Hello, slot membaca kad SD, WiFi 6, sokongan pengecasan USB0C dan HDMI 2.1. Di Amerika Syarikat Razer Blade 15 ditawarkan pada harga bermula $1699.99 (~RM6877) manakala Razer Balde Pro 17 pula bermula dari $2299.99 (~RM9304) sebuah.

Komen