Cari @ Amanz

iPad Pro dengan skrin Mini-LED dijangka dilancarkan tahun ini. Dengan pelancarannya mungkin berlaku dalam masa terdekat, lukisan CAD untuk iPad Pro 11″ dan 12.9″ telahpun tertiris menunjukkan ia bakal meminjam satu ciri penting dari iPad Air 2020.

Jelas kelihatan butnag kuasa pada sisi bingkai yang mirip dengan iPad Air yang dilengkapi pengimbas Touch ID fizikal. Tiada perubahan lain dapat dilihat dengan bonggol kamera empat segi dilengkapi LiDAR nampaknya dikekalkan. Sisi berkotak dengan empat pembesar suara dan port pengecasan USB-C juga kelihatan. Apple memang tidak terkenal dengan melakukan perubahan drastik pada rekaan peranti mereka.

Yang pasti dengan adanya Touch ID, isu Face ID yang tidak boleh digunakan apabila memakai pelitup muka dapat diselesaikan. Diharap ini membuka ruang kepada iPhone 13 turut menyokong Touch ID kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd