Laman Jual Beli Darkweb Terbesar Dunia Telah Ditutup

Laman Jual Beli Darkweb Terbesar Dunia Telah Ditutup

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Semalam laman DarkMarket telah berjaya ditutup di dalam operasi kendalian Europol. DarkMarket dipercayai adalah laman jual beli darkweb terbesar dunia dengan lebih 500,000 pengguna dan sebanyak 320,000 dengan transaksi bernilai €140 juta (~RM691 juta).

Europol bertindak menutup operasi DarkMarket kerana ia terlibat dalam penjualan maklumat kad kredit, dadah, SIM awanama, perisian hasad dan wang palsu. Seorang suspek warga Australia yang dipercayai adalah pengendali laman telah ditahan. Sebanyak 20 pelayar DarkMarket yang terletak di Ukraine dan Moldova turut telah disita dalam operasi yang sama.

Di Malahysia laman darkweb lebih sinonim dengan pembelian bahan mistik tetapi di dunia sebenar ia menjadi medan jual beli oleh penjenayah di peringkat antarabangsa. Kerana kesemua urusan dilakukan menggunakan wang kripto, proses menjejak pembelian adalah lebih sukar dilakukan.



Paling Popular