Carian
JPJ : Urusan Individu Persendirian Hanya Melalui Atas-Talian Ketika PKP
January 13, 2021 Aman

Bermula 13 Januari ini, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di enam buat negeri, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan. Selari dengannya, sejumlah operasi dan perkhidmatan mengalami sedikit perubahan.

Salah satunya adalah urusan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Menurut pihak JPJ, urusniaga di kaunter adalah terhad kepada pembaharuan lesen kenderaan motor perdagangan, pembaharuan lesen memandu malaysia dan PSV untuk kenderaan perdagangan, dan juga urusan mendapatkan cetakan VOC dan ID Awam untuk akses kepada sistem MySikap.

Apa pun, untuk  urusan melibatkan individu persendirian, ia dilaksanakn secara atas-talian sahaja, sama ada melalui MySikap atau platform rakan niaga.

Komen