Cari @ Amanz

PKP – Laman Ini Memudahkan Proses Melihat Lingkungan Perjalanan 10KM

Link Copied!

Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah adalah enam negeri yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Pelbagai SOP yang lebih ketat dilaksanakan di dalam kawasan PKP bagi mengurangkan penularan Covid-19 yang mencatatkan angka tertinggi negara semalam. Antara SOP yang diperkenalkan ialah mengehadkan perjalanan sejauh 10 km sahaja. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh mengakibatkan anda didenda RM10,000.

Tetapi bagaimana untuk melihat sama ada destinasi yang ingin dikunjungi terletak di dalam lingkungan 10 km? Cara mudah ialah menggunakan laman 2kmfromhome. Ia dibangunkan di Ireland bagi memudahkan warga negara tersebut mematuhi jarak perjalanan maksimum yang dikenakan kerajaan.

Terdapat pilihan untuk jarak perjalanan 1, 2, 5, 10.15, dan 25 kilometer. Pada peranti ia secara automatik menjejak lokasi pengguna dan menunjukkan kawasan di dalam jarak yang dicari dalam bulatan berwarna merah.

Sekiranya anda ditahan oleh pihak berkuasa, laman ini dengan mudah boleh membuktikan anda sebenarnya mematuhi SOP yang ditetapkan. Bagi mereka yang berada di luar kawasan PKP, semoga laman ini berguna bagi anda sekiranya secara tiba-tiba ia juga diisytiharkan kawasan PKP kelak.

Lihat jarak perjalanan 10KM menerusi laman 2kmfromhome

Komen ()