Touch ’n Go eWallet Kelak Akan Menawarkan Perkhidmatan Pelaburan Asas Bermula Serendah RM10

Touch ’n Go eWallet Kelak Akan Menawarkan Perkhidmatan Pelaburan Asas Bermula Serendah RM10

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Touch ’n Go Group kini mengumumumkan yang mana mereka kini telah menerima kebenaran daripada SC untuk beroperasi sebagai RMO (Recognised Market Operator).

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan dompet digital TnG eWallet untuk menawarkan beberapa perkhidmatan kewangan tambahan – termasuk ciri pelaburan asas bermula serendah RM10.

Dengan langkah ini, ia membawa dompet digital setapak lagi kehadapan berbanding pesaing dompet digital yang lain, dan tidak perlu menawarkan akses kepada pihak ketiga untuk tujuan pelaburan.

Touch n Go eWallet dijangka mengumumkan penawaran ciri pelaburan asas ini tidak lama lagi pada suku pertama 2021 ini.



Paling Popular