Samsung Meneruskan Kerjasama Dengan BTS Untuk Tahun 2021

Diterbitkan pada Jan 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti sedia maklum, Samsung Electronics sebelum ini sedia bekerjasama dengan kumpulan K-Pop popular, BTS untuk pemasaran peranti pintarnya. Terkini, Samsung mengesahkan bahawa mereka masih akan meneruskan lagi kerjasama dengan kumpulan berkenaan untuk tahun 2021. Melaluinya, Samsung dikatakan bakal memberikan satu pengalaman mudah alih yang unik dan baru yang cukup bermakna buat pengguna.

Bagaimanapun buat masa ini, pihak Samsung masih tidak berkongsi lebih lanjut mengenai kerjasama antara kedua-dua pihak ini. Namun, sebelum ini kita telah melihat mereka hadir dengan edisi khas untuk Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy Buds+. Jadi, bagaimana untuk kali ini? Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh kedua-dua pihak daripada hasil kerjasama ini.

Sekadar seligan, Samsung telah mengesahkan bakal mengadakan acara Unpacked mereka yang pertama untuk 2021 pada 14 Januari ini. Melaluinya, Samsung dikatakan bakal hadir dengan siri Galaxy S21. Untuk ketahui penawaran lebih lanjut, setia dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami