Telegram kini mengumumkan mereka sedia melangkaui angka 500 juta orang pengguna aktif bulanan, dan kini turut telah menambah sekitar 25 juta pengguna baru dalam tempoh 72 jam.
Peningkatan ini adalah agak drastik jikalau dibandingkan dengan statistik harian yang melihat kepada penambahan 1.5 juta pengguna baru setiap hari.
Pihak Telegram mengatakan sekitar 38% pengguna baru ini adalah dari Asia, dan 27% dari Eropah.
Salah satu sebab penambahan ini adalah disebabkan oleh perubahan polisi WhatsApp baru-baru ini yang membawa kepada pengguna berpindah ke platform permesejan seperti Telegram dan Signal.
Apa pun, pihak Telegram sendiri sebelum ini telah mengumumkan mereka sedang melihat untuk menambah ciri pengiklanan pada platform mereka dalam usaha menanggung kos operasi mereka.