Sistem gogal penglihatan malam (NVG) adalah peralatan yang digunakan pihak tentera untuk beroperasi pada waktu malam. Sejarahnya boleh dijejak dari Perang Dunia Pertama tetapi benar-benar mendapat perhatian ketika Perang Teluk. Bagi manusia moden, NVG kini menjadi klise dalam permainan video seperti Call of Duty dan Splinter Cell. Tetapi sistem NVG adalah berat dan besar. Kini pihak DARPA ingin membangunkan NVG yang lebih kecil dan ringan.

Projek Enhanced Night Vision (ENVision) diumumkan bagi membangunkan NVG yang ringan dan lebih menyerupai cermin mata biasa. Berat NVG semasa mendatangkan tekanan kepada leher askar yang menggunakannya. Selain kemampuan melihat pada waktu malam, ENVision turut perlu membolehkan pengguna melihat menembusi debu, kabus dan pelbagai lagi halangan yang digunakan di medan perat.
Syarat tambahan ENVision ialah sudut penglihatan sekitar 120 darjah seperti penglihatan manusia biasa dan tidak terhad kepada 40 darjah sekarang. Pihak yang berminat untuk membangunkan ENVision dijemput menghadiri webinar yang berlangsung 21 Januari ini.