Lazada Menawarkan Diskaun Untuk Sejumlah Barangan Apple – Termasuk iPhone 12 Mini dan iPhone 12

Diterbitkan pada Jan 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lazada kini hadir dengan promosi khas untuk penawaran produk Apple melalui kedai rasmi di LazMall. Antara produk yang diberikan diskaun adalah termasuk iPhone XR pada harga RM2085, iPad Air pada harga RM3089, MacBook Pro 13-inci dengan Touch Bar pada harga RM4989, dan juga AirPods pada harga RM585.

Menariknya, selain promosi untuk produk yang sedikit lama berkenaan, Lazada turut memberikan diskaun untuk telefon pintar terbaru dibawah siri iPhone 12.

Lazada kini menawarkan iPhone 12 Mini pada harga bermula RM3205.30 berbanding harga jualan biasa RM3399. Model iPhone 12 pula ditawarkan pada harga bermula RM3849 berbanding harga jualan biasa RM3899.

Agak mengejutkan untuk kedua-dua produk keluaran terbaru dibawah siri iPhone 12 turut menerima potongan harga.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini di Lazada hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami