Cari @ Amanz

Alienware ialah nama yang cukup terkenal seantero dunia sebagai jenama gaming PC yang bukan sahaja hadir dengan rekaan yang serba menarik, tetapi juga spesifikasi berkuasa yang digandingkan dengan aksesori-aksesori yang kelihatan cukup canggih.

Terkini, model komputer riba gaming Alienware yang paling terkenal, iaitu Alienware m15 dan juga Alienware m15 telah disahkan akan menerima kemaskini dari segi spesifikasi komponen dan juga paparan.

Kedua-dua model komputer riba Alienware m15 dan m17 ini masih lagi akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-10 Comet Lake sehingga Intel Core i9-10980HK, tetapi Alienware telah menambahbaik pilihan memori dan juga storan kedua-dua komputer riba ini, dimana ia kini boleh dimuatkan dengan 32GB memori DDR4 dan juga storan SSD NVMe PCIe sebesar 4TB jika diperlukan.

Penambahbaikan juga dapat diperlihatkan dari segi pilihan kad grafik, dimana Alienware mengesahkan bahawa model-model ini akan dimuatkan dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 3000 untuk komputer riba. yang menjanjikan peningkatan dari segi prestasi grafik yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pilihan sebelum ini.

Alienware juga telah menaiktarafkan pilihan paparan pada kedua-dua komputer riba ini dengan menawarkan pilihan paparan Full HD dengan kadar segar semula 144Hz, ataupun Full HD dengan kadar segar semula 360Hz untuk model 17 inci.

Kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan sistem penyejukan Alienware Cryo Technology yang menggunakan dua kipas penyejuk dengan 66 bilah untuk mengalirkan haba daripada kedua-dua komponen CPU dan GPU supaya komputer-komputer riba Alienware ini berfungsi secara optimal.

Alienware m15 yang dikemaskini akan mula ditawarkan di di Malaysia bulan ini pada harga bermula RM10,999 manakala Alienware m17 pula pada harga bermula RM10,799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd