Carian
MaskFone Adalah Pelitup Muka Dengan Set Fon Telinga Terbina Berserta Dengan Alat Kawalan Media
January 13, 2021 Fahim Zahar

Dengan Covid-19 semakin teruk, banyak perkara tertangguh dan ditunda. Tetapi, ini tidak bermakna sesuatu syarikat itu terhalang dari beroperasi untuk teruskan hadir dengan produk yang berinovasi.

Pelitup muka wajib dipakai sentiasa, lebih-lebih lagi ketika keluar dari rumah. Terkini, Binatone telah hadir dengan MaskFone. MaskFone adalah pelitup muka dengan set fon telinga terbina serta mempunyai kawalan media terbina. Selain itu, MaskFone turut mempunyai mikrofon terbina. Pelitup muka ini diperbuat dari fabrik dan boleh dicuci, terdapat poket untuk memasukkan penapis PM2.5.

Selain dari butang kawalan terbina, MaskFone turut mempunyai butang seru Google Assistant. Menurut syarikat yang menghasilkan pelitup muka ini, ia bukan sahaja bertujuan untuk melindungi wajah pengguna, tetapi turut juga melindungi peranti pengguna terdedah. Harga jualan pula adalah $49.99, iaitu sekitar RM202.

Komen