Sebentar tadi, imej pengolokan Oppo Find X3 telah pun tertiris. Ia memperlihatkan rekaan panel belakang yang sangat unik. Bonjol kamera dilihat disatukan dengan panel belakang dengan susunan lensa kamera seakan iPhone.

Di laman Weibo, Oppo hari ini telah menyatakan untuk bertemu dengan mereka pada bukan Mac dengan tanda tagar #ImpossibleSurface. Jika kita lihat tahun lepas, Oppo Find X2 dilancarkan pada bulan Mac juga. Jadi tidka dinafikan yang siaran ini adalah untuk pelancaran pada bulan Mac kelak. Oppo sudah pun melancarkan Oppo Reno5, jadi ini giliran peranti mercu mereka pula.

Oppo Find X3 akan menggunakan kamera 50MP dengan lensa khusus dibina bersama-sama dengan Sony. Ini adalah strategi yang sama Xiaomi lakukan sebelum ini bersama Samsung. Oppo Find X3 mungkin akan menjadi peranti mercu yang diminati orang ramai kerana kamera, skrin 120Hz yang dikatakan mempunyai kualiti seakan Apple XDR serta rekaan yang cantik.
Sama-sama kita nantikan.