Cari @ Amanz

Hari ini tiba giliran Samsung Galaxy Note10+ menerima kemas kini ke Android 11 dan pelancar One UI 3.0. Saiz muat turun adalah sekitar 2.3GB. Menerusi Android 11, sistem notifikasi yang lebih teratur dapat dinikmati pengguna peranti kerana disusun mengikut kategori serta kepentingan.

Antara perubahan pada One UI 3.0 adalah antaramuka yang dikemaskini untuk lebih selari dengan Android asli, gambar latar belakang pada skrin panggilan telefon, antaramuka yang lebih lancar, pemfokusan kamera yang lebih pantas, kawalan skrin lebih menyeluruh dan banyak lagi. Pada waktu yang sama ia juga menghentikan sokongan WiFi Direct. Pengguna dinasihatkan supaya berpindah kepada sistem Nearby Share atau Quick Share sebagai ganti.

Terima kasih @lcaiqucai untuk tips ini

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd