Cari @ Amanz

Selain dari memperlihatkan beberapa komputer riba baharu di acara CES 2021, HP turut memperlihatkan TWS dengan sokongan pembatalan hingar pasif dan pengurangan hingar aktif mereka dalam siri Elite – iaitu HP Elite Wireless. TWS ini hadir dengan pod pengecasan yang sangat cantik, unik, kelihatan mewah dan premium. Ia menggunakan warna hitam dengan kemasan pusam dan logo HP yang sedikit berkilat. Ia menggunakan rekaan yang leper dan nipis agar mudah disimpan di mana jua.

Setiap fon telinga juga menggunakan warna hitam pusam, di dalam mempunyai pemacu audio neodymium bermagnet bersaiz 9.2mm, turut mempunyai mikrofon pelbagai arah untuk tujuan pengurangan hingar. Untuk tambatan, ia menggunakan Microsoft Swift Pair yang mana mudah untuk ditambat dan pantas untuk bertukar antara peranti.

Pengecasan adalah melalui USB-C dengan ketahanan selama 1.5 jam dengan 15 minit pengecasan. Ia mungkin akan ditawarkan secara percuma kepada pembeli Elite Dragonfly Max dan jika dijual berasingan, ia akan bermula sekitar April dengan tanda harga mungkin sekitar $199 (~RM803).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd