RedmiBook Pro 2021 Akan Dijana Cip Intel Tiger Lake H35 Dan Ryzen Siri 5000

RedmiBook Pro 2021 Akan Dijana Cip Intel Tiger Lake H35 Dan Ryzen Siri 5000

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

RedmiBook Pro edisi tahun 2021 dilihat akan dijana dengan cip Intel yang terkini, iaitu generasi kesebelas. Cip ini adalah Tiger Lake H35 dan Redmi mungkin akan menawarkan dua variasi, iaitu i5 dan i7. Selain itu, variasi AMD Ryzen 5000 turut akan diperkenalkan, bagi meluaskan lagi pilihan kepada pengguna.

Di Weibo Mi Notebook, Xiaomi telah mengesahkan yang RedmiBook Pro baharu akan hadir dengan cip Intel Tiger Lake H35. Ini juga memberi petanda yang tarikh pelancaran sudah hampir tiba. Tiada butiran rasmi lain mengenai komputer riba ini, kecuali dari GeekBench yang memperlihatkan sedikit spesifikasi.

Variasi dengan cip Intel adalah RedmiBook Pto 15, pilihan i5 dan i7 akan diberikan dengan memori 16GB RAM dan Windows 10 terbina. Variasi AMD Ryzen 5000 pula adalah untuk RedmiBook Pro 15S, yang mana mempunyai pilihan Ryzen 5 5600H atau Ryzen 7 5800H juga dengan 16GB RAM. Pro 15S turut mungkin akan ditawarkan dalam memori 8GB RAM juga.

Seperti biasa, komputer riba ini besar kemungkinan adalah untuk pasaran China sahaja dan masih tiada informasi sama ada akan ditawarkan secara global atau tidak.



Paling Popular