Cari @ Amanz

Anker walaupun terkenal dengan aksesori kuasa, mereka sebenarnya turut mempunyai produk-produk audio di bawah jenama Soundcore. Terkini di CES 2021, mereka telah melancarkan Anker Soundcore Liberty Air 2 Pro – iaitu TWS dengan sokongan ANC.

Kali ini Anker dilihat lebih serius dengan produk ini, kerana turut bekerjasama dengan pemuzik-pemuzik yang memenangi Grammy untuk menghasilkan produk ini. TWS ini menggunakan pemacu audio PureNote 11mm, hadir dengan pelbagai mod ANC, mempunyai dua mod transparency, terdapat enam mikrofon terbina untuk ANC, mempunyai perlindungan IPX4, Bluetooth 5.0 dan menyokong pengecasan nirwayar.

Selain pengecasan nirwayar, ia juga menyokong pengecasan pantas 10 minit pengecasan 2 jam penggunaan. Bateri pula bertahan selama 6 jam berterusan dengan ANC dan 7 jam tanpa ANC. Dengan pod pengecasan pula ia bertahan selama 21 jam dan 26 jam. TWS ini turut boleh dipadankan dengan aplikasi Souncore untuk kawalan tambahan.

Anker menawarkan pilihan warna hitam, biru, putih dan merah jambu. Harga jualan adalah $129.99, iaitu sekitar RM525.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd