Sebagai ibu bapa, perkembangan fasa pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Ia bagi memastikan anak-anak dapat membesar dalam keadaan yang sihat, bijak & kuat.

Oleh itu, Dutch Lady kini hadir dengan aplikasi tersendiri dikenali sebagai MaxGro Growth Tracker yang dapat bantu golongan ibu bapa untuk memantau fasa perkembangan anak-anak dengan lebih mudah. Selain itu, aplikasi ini juga dapat memudahkan ibu bapa untuk ketahui langkah penting sepatutnya yang perlu diambil bagi menyokong perkembangan si manja dengan lebih baik.
Melaluinya, ibu bapa boleh membuat beberapa jenis pemantauan termasuk – kemaskini ketinggian dan berat, senarai semak perkembangan kognitif (dari segi emosi, hubungan dan intelektual), jadual imunisasi dan log kesihatan gigi anak-anak.

Hasil semakan kami juga mendapati, antaramuka aplikasi ini kelihatan menarik dengan kombinasi warna yang ceria. Pada masa sama, ia juga mudah sahaja untuk digunakan dan difahami. Anda hanya perlu lengkapkan butiran yang diperlukan seperti nama, umur, tinggi dan berat anak. Buat masa ini, aplikasi hanya tersedia untuk peranti Android sahaja dan ia boleh dimuat turun menerusi Google PlayStore.
- Muat Turun
- Muat turun Google Play : MaxGro Growth Tracker