Cari @ Amanz

Facebook sedia mengurangkan paparan daripada Facebook Pages sebelum ini, dan kini gergasi media sosial berkenaan turut melakukan satu lagi perubahan kepada algoritma News Feed mereka.

Bermula hari ini, Facebook akan mula mengutamakan artikel berita yang dilaporkan sendiri oleh pihak pertama, atau analisa – berbanding laporan berita yang merujuk sumber lain.

Facebook mengatakan keaslian sesuatu artikel itu akan menerima impak yang lebih tinggi di News Feed.

Dengan langkah ini juga, secara tidak langsung akan membolehkan pengguna Facebook menikmati kandungan eksklusif, selain analisa yang lebih mendalam berbanding perkongsian daripada laman-laman berbentuk viral dan sebagainya.

Facebook mengatakan perubahan ini akan dilakukan untuk perkongsian berbahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke bahasa lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd