PKP : GrabFood Mengambil Tempahan Sehingga Pukul 7 Malam Sahaja

PKP : GrabFood Mengambil Tempahan Sehingga Pukul 7 Malam Sahaja

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, waktu operasi untuk pelbagai perkhidmatan telah pun diubah. Salah satunya adalah waktu operasi untuk kedai makan dan juga restoran yang dibenarkan sehingga pukul 8 malam sahaja.

Dengan perubahan berkenaan, kini Grab juga turut mengumumkan mereka akan melakukan perubahan untuk masa operasi GrabFood dan GrabMart.

Bermula hari ini, Grab mengambil tempahan makanan sehingga pukul 7 malam sahaja, dan penghantaran akan beroperasi sehingga pukul 8 malam.

Secara keseluruhan, operasi GrabFood dan GrabMart adalah antara 7 pagi sehingga 8 malam.


Paling Popular