Cari @ Amanz

HTC masih belum mengibarkan bendera putih tetapi bekas pengeluar telefon pintar nombor satu dunia ini tidak lagi mengeluarkan peranti mercu sejak dua tahun lalu. Pelancaran peranti terkini mereka HTC Desire 21 Pro 5G juga dilakukan secara sederhana hari ini sesuai dengan statusnya sebagai peranti kelas pertengahan.

HTC Desire 21 Pro 5G dilengkapi skrin 6.7″ IPS LCD 90Hz, dijana cip Snapdragon 690, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB, dan bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP sensor makro dan 2MP sensor kedalaman. Sementara itu kamera hadapannya pula sebesar 16MP. Kamera utama boleh merakam video pada resolusi 4K dan rakaman gambar Auto HDR.

Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi terbina pada butang kuasa. Skrinnya walaupun LCD melepasi piawaian untuk memaparkan kandungan HDR 10. Satu kekurangan yang ketara ialah peranti ini masih lagi menggunakan Android 10. HTC Desire 21 Pro 5G dijual pada harga TWD 11,990 (~RM1729) sebuah

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd