Cari @ Amanz

Apple sering mempatenkan sejumlah perkara yang sedang dalam pembangunan – sama ada bakal diperkenalkan secara komersil ataupun tidak.

Terbaru, ia dilihat Apple telah memfailkan sebuah paten untuk sebuah kerangka untuk iPhone yang boleh mengecas fon telinga AirPods pengguna.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mengecas AirPods mereka secara tiba-tiba sekiranya fon telinga berkenaan kehabisan bateri. Pada masa yang sama, pengenalan kerangka ini juga akan memudahkan proses mengecas aksesori berkenaan berbanding kebiasaan.

Pada hari ini, Apple sedia menawarkan kerangka dengan bateri tambahan untuk iPhone, dan tidak mustahil kerangka ini turut direalisasikan pada masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd