Buku Teks Sekolah Versi Digital Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Buku Teks Sekolah Versi Digital Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Dengan negara kini di bawah pemerintahan darurat dan PKP pada waktu yang sama, sesi pembelajaran sekolah terganggu. Bagi mereka yang tinggal di kawasan KPK, segi pembelajaran dilakukan sepenuhnya secara atas talian sehingga tempoh yang belum ditentukan. Hari ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan buku teks sekolah versi digital boleh dimuat turun secara percuma.

Pengguna hanya perlu membuat turun aplikasi KPM eTextbook Reader yang dibangunkan oleh Perbadanan Kota Buku. Selepas aplikasi dimuat turun, buku teks digital dalam format EPUB boleh diakses sepanjang masa tanpa sambungan Internet. Selain menggunakan aplikasi, buku-buku teks yang sama boleh diakses menerusi portal https://textbook.moe.gov.my/

Ini ialah inisiatif yang menarik kerana kos membeli buku teks adalah yang paling tinggi apabila anak memulakan sesi persekolahan baru. Cuma kami sedari apabila mengakses aplikasi, setakat ini hanya buku sekolah menengah sahaja ditawarkan tanpa sebarang buku sekolah rendah.

Muat turun aplikasi KPM eTextbook Reader dari Google Play Store

Muat turun aplikasi KPM eTextbook Reader dari Apple App Store



Paling Popular